Gambaran Menyeluruh Berkaitan Kursus Ini.

Trak berkuasa untuk industri (PIT- powered industrial truck) ialah trak mudah alih, digerakkan dengan kuasa yang dilengkapi untuk membawa, menolak, menarik, mengangkat, menyusun bahan pada satu aras atau bertingkat, menjadikannya peralatan penting di banyak tapak kerja. PIT biasanya dirujuk sebagai forklift atau trak lif, dan ianya boleh dipandu atau dikawal oleh pengendali secara berjalan kaki. Hanya pekerja atau pengendali yang terlatih dan diberi kuasa dibenarkan untuk mengendalikan forklift atau reach truck di tempat kerja - walaupun jika tugas ini hanyalah sebahagian kecil daripada kerja harian mereka.

Oleh kerana ciri unik PIT, yang berbeza mengikut jenis dan pengeluar kenderaan, latihan amali adalah perlu bagi memberikan maklumat yang secukupnya berkaitan dengan cara pengendalian selamat dan peratuan undang-undang yang berkaitan dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP). Matlamat kita semua adalah untuk memastikan tiada kesan yang negatif terhadap pengendali, individu yang mungkin berada dikawasan kerja dan harta benda yang syarikat; seperti kecederaan fizikal, penyakit pekerjaan dan kerugian aset syarikat yang berkenaan.


Objektif Kursus

  1. Meningkatkan pematuhan terhadap kehendak perundangan oleh majikan dan pekerja berkaitan dengan peraturan dan undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  2. Untuk memberikan Ilmu dan latihan bagi meningkatkan prestasi syarikat dalam aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan membina budaya kerja selamat dan sihat seiring antara majikan dan pekerja.
  3. Tingkatkan tahap amalan kerja selamat dan tercapainya sifar kemalangan; tiada kecederan, kerosakan harta benda yang boleh berlaku melalui kemalangan dalam operasi harian jentera trak angsun.
  4. Memberikan kefahaman yang lebih baik terhadap cara kendalian, pemeriksaan harian, serta keselamatan operasi trak angsun.
  5. Mengubah kebiasaan, tabiat dan sikap buruk yang boleh mengundang bahaya ; kemalangan yang berakhir dengan kecederaan, kerugian harga benda dan kehilangan nyawa , dan kadangkala menyebabkan kilang terpaksa tutup operasi.
  6. Tingkatkan kopentensi dan memberi kesedaran bagi mengurangkan tragedi dan kesengsaraan peribadi yang boleh terjadi akibat dari gagal menilai risiko dan mengawal hazad. Ini pasti akan membantu untuk tingkatkan kecekapan operasi (efficiency) dan produktiviti (daya pengeluaran) syarikat secara keseluruhan.

Rekod yang baik dan kemahiran seorang pengendali trak forklift akan menjadi sangat bernilai kepada pengendali trak angsun, majikan dan masa depan semua.

Kos menyediakan Trak angsun sangat besar, dan keperluannya sangat penting, tetapi kalau tidak dikendali dan jaga dengan baik mudarat dan musibah besar tentu sahaja boleh terjadi; kecederaan, kematian, kerugian kerana rosakan harta benda tinggi dan kos operasi yang tinggi.

Selepas mengikuti kursus ini, para peserta seharusnya telah lengkap disediakan dengan ilmu, pengalaman dan kemampuan yang sewajarnya untuk:
  • Mengendali atau memandu Trak Angsun (Forklift dan Reach-Truck) dengan tahap kesedaran yang tinggi tentang risiko dan bahaya yang terlibat
  • Mampu mempraktikkan dan sentiasa peka terhadap hazad yang ada untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain dengan sikap yang lebih selamat.
  • Mengesahkan kemampuan pekerja/pegendali/operator untuk diberikan kuasa khas megendali/memandu Tralk Angsun dengan selamat.

“Sifar Kemalangan” dan “Sifar Penyakit Akibat Pekerjaan” menjadi sasaran utama melalui nilai murni yang dipupuk setiap masa oleh semua.


Kursus ini sesuai untuk Peserta dari kumpulan sasaran berikut:

  • Pengurus / Eksekutif / Penyelia / Operator dari bahagian pengeluaran
  • Pengurus/ Eksekutif dan Pengendali dari bahagian Logistilk dan Gudang
  • Ahli jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja
  • Pekerja yang terlibat menggunakan trak angsun untuk urusan kerja


Kemahiran Asas Sebagai Pra-Syarat:

  • Kebolehan mendengar, mengikut arahan, dan boleh belajar melalui pemerhatian
  • Sihat tubuh badan dan kepekaan mental yang baik
  • Mampu mengendali trak angsun dengan selamat dan berhemah


Pendekatan Latihan dan Metodologi

Gabungan Teori dan Sesi Praktikal yang baik di mana sekurang-kurangnya separuh dari masa latihan peserta akan mengambil bahagian dalam perbincangan dan perkongsian. Sokongan sistem dan peralatan teknologi maklumat (IT) dengan perbentangan menggunakan multimedia cth. tayangan slaid, klip video dan kajian kes sebenar yang diselaraskan oleh jurulatih, adalah jaminan agar peserta mendapat pengalaman latihan yang menyeronokkan, menyegarkan dan pengekalan ingatan yang baik terhdap pengetahuan, peningkatan kemahiran, dan maklumat yang memberi manfaat.

Pendekatan secara pemerhatian dan aktiviti visualisasi diketengahkan agar perserta mampu membuat perubahan positif terhadap cara kerja dan pengamalan tingkahlaku selamat. Membentuk sikap kerja selamat dan seterusnya membantu syarikat mengurus aspek KKP dengan lebih terfokus. Terutama Keselamatan Pengendaluan Trak Angsun (Forklift and Reach-truck).


Latihan Amali

Perancangan khas melalui perbincangan dan sokongan bersama pengurus operasi, satu set Latihan amali yang sesuai disediakan dengan memberi focus terhadap tiga komponen utama:
a. Keselamatan Pengendalian - susunatur laluan dengan halangan dan beban
b. Penyelenggaraan Trak Angsun – rujukan kepada jenis Trak Angsun
c. Pemeriksaan rutin - senarai semak oleh pengendali/ penyelia bagi setiap jenis trak.


Penilaian Latihan

Peserta dikehendaki untuk menduduki penilaian teori dan amali, 100% kehadiran dalam sesi teori dan amali adalah prasyarat bagi penilaian tersebut.


Sijil Tamat Latihan

Setelah tamat kursus dan lulus ujian, peserta akan dianugerahkan Sijil Tamat Kursus untuk mengesahkan peserta layak untuk memandu/mengendali Trak Angsun dengan kebenaran oleh pihak majikan.


Kesahan / Validity

Adalah dicadangkan supaya Sijil Tamat Kursus ini diperakui sebagai rujukan untuk mengesahkan kecekapan dan kemahiran pengendalian bagi orang yang kompeten untuk menjadi jurulatih dalaman syarikat dan menggunakan sekurang-kurangnya rujukan bahan Latihan tersedia untuk melatih individu lain yang layak sebelum mereka dibenarkan mengendali trak angsun.

Cadangan latihan amali berjadual hendaklah dirancang sekurang-kurangnya dua tahun sekali Diilaksanakan bagi memastikan tahap kemahiran, amalan pemanduan selamat dan berhemah dipraktikkan setiap masa.